Monday, 3 September 2012

aku tersasar hanya kerana cinta manusia~~~

ya Allah.. ak dah jauh tersasar.. ak tersilap meletakkan cnta manusia melebihi cintamu.. ya Allah.. skrg ak tahu.. jwpn utk soalan ak..dulu ak pernah tnya kenapa Engkau berikan ak kesedihan selepas kau berikan kebahagiaan.. dan mgkin ini jwpnNya.. kerana Engkau mahu ak selalu dekat padaMU..ak silap.. silap meletakkn cnta seseorg yang bru ak kenal.. mencintai org yang belum HALAL utk ak.. mencintai org yang TAK SEPATUTNYA.. ya Allah.. mgkin ada hikmah ak jmpa seseorg yang selalu ada bila ak perlukan nasihat.. terima kasih kak FARHANA.. <3<3<3 thanks for the song ATAS NAMA CINTA by UNIC. terima ksih untk nasihat.. terima kasih sbb sedarkn ak dari mimpi yang xpasti.. ya Allah.. ak menyesal.. ya Allah.. tetapkan hati ak.. tetapkan hati ak utk menerima ketentuan ini.. ya Allah terima kasih kerana sedarkn ak sblm terlmbt.. terima kasih kerana sentiasa ada bila ak perlukan.. TERIMA KASIH ALLAH.. <3<3<3

Friday, 13 July 2012

ketabahan perlu ada untk kebahagiaan sendiri~~

selamat tinggal kamu.. ak lepaskan kau dri hati ak.. even ak xmampu.. tp ak cuba untk pergi demi kebahagiaan kau.. moga kau bahagia bersama dye..sungguh ak syg kau.. andai btol jodoh kita, kita akn jmpa lg satu hari nnt..  thanks untk bahagiakn ak selama nie.. even kau cuma 'abe'..  mgkin ak xcukup baik untk kau.. tp ak akn cuba baiki kelemahan ak.. sbb nk yang soleh perlu untk ak jd solehah.. semoga kau bahagia disamping bakah zaujahmu.. dan ak doakan kau bahagia sehingga akhir hayat.. ak syg kau n ak lepaskn kau untk kebahagiaan.. kau jgn lupakan ak tau.. sbb ak 'adik'.. thanks jgk sbbb selama nie kau jga ak.. bimbing ak utk jd ank yg solehah.. ak bersyukur Allah kenalkn ak dengan kau.. maaf ak tersilap jatuh hati pada kau.. ak cuma manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan.. tp ak percaya kau seorg anak, kawan, sahabat n abang yang baik.. sbb nasihat selalu ada untk ak sbgai adik.. maaf sbb ak terpksa lari untk kebahagiaan semua org.. moga kau bahagia..=')

Sunday, 17 June 2012

BICARA HATI

assalamualaikum.. ak dh lama x update blog sbnrnya.. xsmpat.. sibuk ngan study.. xtau mcm mana nk mulakan.. siapa yg xnk kwin kn.. ak sndiri sdg mencri MR HUSBAND ak.. even kwn ak ckp xpyh cri sbb ia dtg sndiri.. tp the truth is ak minat kat someone nie. tp ak dh anggap dye mcm abg ak even ak ngan dye sebaya.. tp dye tersgtlah baik.. dye buat ak happy.. sdih ak hilang bila dye ada.. tp apa daya ak.. dia cuma anggap ak adik kn.. so i have to pretend yg ak minat someone else.. tp hati ak selalu da dia.. ak pun xtau knp.. ak rsa dye mgkin dh da someone special kot.. ak doakn dye bahagia..  n ak harap Allah berikan ak suami yg soleh yang bleh pimpin ak keSyurga nnt..

Sunday, 18 March 2012

Bacaan Qunut Nazilah


Ya Allah,
                        Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa 
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka 
Dan menangkan kami ke atas mereka.

hubungan sejenis?? SILA JAUHI JIKA TIDAK MAHU DIMURKAI ILLAHI

Balasan Allah terhadap ahli homoseksual ketika dahulu.

 Ada lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun mereka tidak menyulam perasaan cinta terhadap isteri. Ini disebabkan mereka lebih ‘berselera’ dengan kaum sejenis. Malah, lebih teruk, ada lelaki bernafsu songsang ini yang beristeri dan mempunyai anak. Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual (liwat), ia sememangnya amat membimbangkan. Golongan gay ini semakin berani dan tidak segan melakukan ‘mukadimah’ seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka.
 Malah, mereka mempunyai kelab gay yang menghimpunkan golongan yang dahagakan seks songsang untuk bertemu dan melempiaskan keinginan itu. Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka ‘cipta’ sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama. Memang Allah s.w.t menjadikan makhluk berpasangan, tetapi antara lelaki dan wanita. Allah tidak membenarkan hubungan terlarang sesama jenis.
 Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku. Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang. Manakala kaum perempuan juga mengamalkan perkara sama dan hanya berminat terhadap wanita atau lesbian.
 Lebih menyedihkan, isteri Baginda sendiri tidak mengendahkan peringatannya lalu Allah menurunkan hujan batu dan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.
 Melihat azab yang Allah turunkan kepada umat Nabi Luth, apakah manusia akhir zaman tidak gerun untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Allah berfirman yang bermaksud: “Kepada orang-orang lelaki, tidak kepada perempuan-perempuan. Memang kamu semua kaum yang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 81) “Dan kami turunkan hujan (hujan batu) kepada mereka. maka perhatikanlah akibatnya orang-orang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 84) “Lalu suara guruh (bunyi bumi yang gempa) menimpa mereka ketika matahari terbit.” (Surah al-Hijr ayat 73). Selain daripada azab yang menimpa kaum Nabi Luth, mirip kepada kejadian sama turut menimpa Kota Pompeii (kini satu kawasan di Itali). Kota Pompeii adalah sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom pada satu ketika dahulu.
 Lebih 1900 tahun lalu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan. Masyarakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku yang dapat dinilai daripada raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana terkejut, ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi ini sudah tentu bukan terjadi dengan sengaja. Masyarakat Pompeii di katakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka. Nauzubillah! Sehingga pada 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan sungguh menggerunkan. Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit. Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat. Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada kepada fitrah asal dan tidak terus hanyut menyimpang. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sebab itu, setelah datang keputusan Kami lalu Kami jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut.” (Surah Hud ayat 82).
 Peringatan Allah itu mengingatkan seluruh manusia agar mengambil pengajaran dalam setiap yang berlaku dan kembali bertaubat agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Malang sekali manusia tidak pernah mengambil iktibar daripadanya. Yang pasti, jika terdapat hanya segelintir golongan yang melakukan kemaksiatan maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan dosa atau sebaliknya. Bagi pengamal seks songsang sebegini memang tiada penawar bagi mereka jika dijangkiti penyakit kelamin seperti kemaluan, dubur bernanah dan Aids yang akhirnya akan memusnahkan seluruh kehidupan mereka kelak. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata gejala homoseksual adalah virus yang memerlukan golongan berkenaan menjalani pakej kaunseling lengkap. “Golongan gay yang berhasrat untuk berubah hendaklah meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
 ”Mereka perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti psikologi dan kesihatan dalam usaha kepada pemulihan diri yang lebih sempurna. “Namun, perkara ini berbalik semula kepada kekuatan diri sendiri menangkis perasaan serta tindak tanduk yang boleh membawa kepada perilaku yang keji dan kotor ini,” katanya.
Zamihan berkata, virus gejala gay itu amat buruk kesannya sehingga menyebabkan pengamalnya berasa ketagih dan semakin jauh dari keredaan Allah.
 ”Jika mereka tidak melawan perasaan itu akibatnya kita bukan saja mendapat kemurkaan Allah s.w.t, malah di kutuk oleh seluruh makhluk serta kehidupan di dunia ini.
 ”Terbukti segala bencana yang diturunkan ke atas manusia sebelum ini adalah berpunca daripada kepincangan yang dilakukan manusia sendiri. Mereka secara terangan melanggar peraturan dan hak yang dihadkan dalam sesuatu perkara,” katanya. Beliau berkata malapetaka akan menimpa ke atas manusia pada bila-bila masa jika manusia masih enggan meninggalkan perkara serta perbuatan mungkar. “Amat malang jika seseorang yang mengamalkan aktiviti songsang ini sudah mempunyai isteri dan anak kerana dosa yang tertanggung adalah berlipat kali ganda.
 ”Mereka layak adalah penjenayah besar dalam Islam kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebenar terhadap keluarga,” katanya. Justeru, pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya buat manusia selagi mereka tidak mensyirikkan Allah.
 Namun taubat mesti dilakukan dengan sebenar-benarnya dengan harapan tidak mengulangi perbuatan silam. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:Dan mereka tidak menyembah sesuatu yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali di atas jalan yang hak dan tidak pula berzina; barang siapa melakukan perkara yang ditegah akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa di hari kiamat dan kekal di dalam azab dengan penuh kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah itu Tuhan pengampun lagi mengasihani.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70).
wallahu'alam~

Sunday, 20 November 2011

sayang, abang minta izin untuk nikah


http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSzWa8Q_FX0hBA-bWZdNQ98u1iYVwEdD5v_PmBTT4JLubb474jE
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah
sorang lagi,”
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kaburlantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil.sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepadasuaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-
anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.
” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”
“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg,”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abg…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah sayangkan Abg…
3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak Abg nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung… Aliyah sayangkan Abg…
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg… Aliyah sayangkan
Abg… Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah…
Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,
roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !

Thursday, 15 September 2011

susahnya mendapat yang ikhlas


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?